Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Waramatullah Hiwabarakatu
kaurang apa khabar ? hihi, lama betul aku ta berentry kann. tuhlha, sebab banyak sangat kerja yang harus dipikul sebagai seorang pelajar sekolah menengah di tingkatan 4 ini. amboiii :D
seriously, naik jea form4 nih semua benda jadik serious. aku dah ta dapat na lepak dan berborak dalam kelas macam form3 dulu. banyak gelak dan buat bising memey hobi aku. huhu
tapi bukan tuh yang aku na story, ada yang lagi best maybe aku na share and aku harap dan cuba sedaya upaya na kawal emosi nih :')
IBU! IBU! IBU!
*ibu kat ICU*
gambar atas nih adalah seorang wanita yang sangat aku sayang! Ya Allah :') dia ibu aku, nama diberi ialah Nora Azmah <3 masa nih kat Hospital Selayang. ya! masa nih ibu dah sedar setelah hampir 7 jam dalam bilik bedah dan sedar lepas 2 jam lepas tuh
aku ingat lagi, kata-2 ibu masa sebelum pergi kat bilik bedah,
"adeeba, ibu mintak maaf yea, kalau ibu ada buat salah dan silap"
Ya Allah bercucuran air mata aku masa tuh. ibu mintak maaf ? banyak sangatkah ibu buat salah kat aku ? :'* aku ta mampu na cakap apa-2 hanya air mata jea yang melayan perasaan ketika itu, hiba ta terluah~
hari demi hari yang mendatang, 2 minggu ibu kat Hospital then ibu dah boleh balik. namun cerita ta habes sampai disitu. harapan indah yang aku harapkan menjadi anganan kosong. ibu sakit balik lepas 3 bulan kena buang hempedu, ibu disyaki sakit kanser pula.
doctor sarankan ibu supaya buat kemoterapi. kesian ibu. balik jea dari kemo, badan ibu panas-2, kulit ibu mengelupas. ta terkata sakit yang harus ibu hadapi. Ya Allah! kuatkan ibu!
tapi aku kagum dengan ibu! walaupun dalam keadaan sakit yang perit ta terkata tuh, ibu masih lagi mampu untuk tersenyum. entah dari mana kekuatannya dan kenapa aku yang sehad masa itu tidak mampu untuk mengukirkan senyuman untuk balas balik kat ibu. air mata laju jea mengalir. ibu sempat pesan :
"deeba jangan nangis nak, ibu sayang deeba"
lepas kemo, Alhamdulilah, nampak baik sikit. best gilaa dapat tengok ibu bebel dan senyum balik. aku dapat balik kekuatan untuk study macam biasa. cuma kena ubah schedule belajar jea.
TAPII..... lepas 2 bulan buat kemo, ibu merana sakit buah pinggang. Ya Allah. dugaan apa lagi ini ? Astagfirullahala'zim, hati ini seperti kaca-kaca pecah, semangat belajar down gilaa. aku macam budak hilang arah masa tuh. entah lha kenapa, tade semangat langsung. ibu terbaring layu kat atas katil dan masa tuh, hilang semua semangat dan harapan macam tuh aja.
*ibu dan ayah*
KINI..... ibu beransur pulih lepas dapat rawatan alternaif. Alhamdulilah :) tapi masih lagi sakit. kesan dan parut tuh masih berbekas~ harapan yang pernah berkecai dulu, aku kutip balik. aku hanya serahkan segala-galanya pada yang Esa. kerana DIA lha sebaik-baik pelindung dan perancang :')
#ibu, adeeba sayang sangat kat ibu#
#ibu kena kuat tau, ibu pembakar semangat deeba#
#ibu doakan deeba ehh, SPM tahun depan cemerlang#
#InsyaAllah, deeba akan jaga ibu sampai nafas ini terhenti#

No comments:
Post a Comment